[ Tanda Kiamat ] Hadist ke 40. GOLONGAN YANG SELAMAT



artinya:
Dari ‘Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat”? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah”. (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

H.R Ibnu Majah

Keterangan

Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “Ahlus Sunnah wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.

<< KEMBALI KE MUQODDIMAH ( Sebaiknya Dibaca Dahulu )

3 Tanggapan

  1. Saya berpendapat setelah membaca buku-buku mengenai Pahlawan Islam seperti Salehuddin Al Ayubi,tariq,khalid-Al Walid dan sebagainya telah mendapati umat Islam yang sedang berpecah belah ini hanya dapat disatukan apabila terdapat seseorang pemimpin islam yang berpengaruh dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan islam serta seseorang yang dianggap sebagai panglima Perang yang mana pemimpin ini akan memerangi dan menakluk negara-negara islam atau majoriti rakyatnya islam yang tidak mahu menyahut seruan untuk bersatu dan sekular .Kemudian setelah umat islam disatukan dibawah satu pemerintahan Islam dan kemudian baru memerangi musuh islam. Melihat situasi sekarang umat islam berpecah kerana lebih menganggungkan bangsa dan telah terpedaya dengan konsep keamanan yang diadun oleh masyarakat barat seperti contoh negara Malaysia yang memang tidak dinafikan sekarang dianggap aman tetapi pemerintahannya dipenuhi dengan unsur-unsur ketidakadilan,Sekular,Rasuah,yang kaya jadi lebih kaya dan sebagainya. Umat Islam di Malaysia berpecah kerana fahaman politik yang mengutamakan bangsa manakala agama dijadikan sebagai agenda kedua atau agenda sampingan oleh pemerintah.Manakala Iran pula yang dianggap negara islam yang mempunyai kekuatan dari segi kelengkapan teknologi moden dalam ketenteraan mempunyai rakya yang berfahaman Syiah. Palestin pula yang dihimpit dengan keganasan Zionis dipecahkan kepada dua kumpulan utama Hamas dan Fatah.Iraq satu-satunya negara yang mungkin ingin mengikut cara yang saya maksudkan iaitu dengan memulakan memerangi kaum kurdis diutara negaranya yang dianggap pemberontak oleh pemerintah serta penaklukan negara jiran yang kaya dengan minyak iaitu Kuwait tetapi tewas di tangan tentera Amerika dan sekutunya yang mungkin telah melihat dan mengkaji faktor-faktor kemenangan Islam terdahulu serta sebagai alasan untuk menghapuskan Iraq dengan menggunakan resolusi bangsa-bangsa bersatu yang menuduh Iraq sebagai penggugat keamanan sejagat. Selepas itu Aghanistan di bom dengan alasan pemerintahannya telah menggunakan ajaran islam yang menindas golongan wanita sedangkan itu merupakan isu yang telah dihebohkan oleh negara barat untuk menjatuhkan Aghanistan sedangkan seorang wartawan Perempuan dari negara barat yang ditawan oleh tentera Taliban telah memeluk islam selepas terpesona dengan ajaran islam selama berada dalam tawanan.. Kini giliran Libya menjadi sasaran dengan Amerika berjaya menghuru hara negara itu dengan memberi sokongan kepada golongan penentang untuk memberontak. Adakah sekarang ini terdapat gerakan islam yang dibentuk oleh Ulama dan cendikiawan Islam yang mengikut ajaran islam sebenar dan merancang sesuatu untuk menyatukan umat islam atau hanya menunggu pemimpin islam yang agung seperti imam Mahdi lahir kerana saya begitu tidak faham kenapa pemimpin negara islam tidak mahu bersatu dan mengikut sahaja telunjuk barat. Dunia hanya akan aman hanya dengan pemerintahan Islam.

    • @ khairul annuar bin sudin

      Terima kasih atas kunjungannya,….

      Sesungguhnya Alloh itu maha adil,…sesungguhnya kejayaan suatu bangsa itu,Alloh pergilirkan bagi siapa yang Dia kehendaki,…sebelum Islam datang kejayaan berada pada kerajaan Persia dan Romawi,kemudian Alloh ganti dengan kejayaan umat Islam dibawah pimpinan Rosululloh para sahabat dan para raja-raja yang menggigit (memegang ajaran Islam dengan kuat)hingga sampai terakhir kerajaan Turki ottoman,setelah itu kejayaan bergulir kembali ke dunia Barat ( saat ini )kemudian setelah itu Insya Alloh kejayaan bergulir kembali bagi umat Islam.Dan kejayaan yang sejati adalah bagi kaum mukminin yaitu di akhirat kelak di sana tiada kemenangan dan kejayaan kecuali bagi orang yang beriman dan bertakwa.

      Pemimpin yang dapat menyatukan umat Islam dan membimbing mereka ke jalan Alloh hanyalah pemimpin yang mendapatkan restu dari langit ( dikehendaki Alloh ),dia lah Kholifatulloh di muka bumi,di bawah kepemimpinannya Bumi akan dipenuhi dengan kedamaian, kesejahteraan dan keberkahan.

      Bagi umat Islam diwajibkan untuk berjuang dan berjihad mempertahankan dan menjaga Islam,yang sangat penting pada saat ini adalah menjaga ilmu sebab telah banyak ulama ahli ilmu yang telah diwafatkan oleh Alloh sehingga tinggal sedikit saja orang yang berilmu di muka bumi .Bagi umat Islam yang terdholimi teruslah berjuang dan bersabar itu adalah ujian sekaligus nikmat .

      Alloh hendak menguji orang yang beriman dengan orang kafir dan juga sebaliknya.Dengan perantaraan orang kafir Alloh hendak meninggikan derajat orang beriman ada yang dijadikannya syuhada.
      Dan bagi orang kafir Alloh tetap memberikan sedikit saja kenikmatan yaitu dengan memberikan kejayaan yang sementara di bumi ini namun tidak untuk di akhirat kelak .Dialah yang Maha Pengasih dan maha Penyayang.Allohua’lam.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: